Tuesday, December 7, 2010

Motivasi Maal Hijrah : Percaya & Berjaya satu kemestiaan

    Dalam kehidupan kita ada benda yang lebih susah daripada susah iaitu BERUBAH sehinggalah ada orang yang sanggup hidup susah berbanding dengan mengambil keputusan untuk membuat tindakan atau perubahan.
Itu asasnya.

     Hijrah di pilih sebagai peristiwa yang signifikan untuk menandakan permulaan di dalam kalendar Islam pada tahun ke 17 Hijrah di zaman Umar Al-Khattab kerana di dalam peristiwa yang berlaku di zaman Nabi, hijrah itu satu permulaan atau turning point untuk berubah, bukan kerana kelahiran Nabi atau turunnya wahyu.
Hijrah menukar Islam daripada yang rendah kepada yang tinggi, yang di tekan kepada yang di hormati, maka, tarikh itu sangat sesuai. Semestinya Hijrah di iringi dengan cabaran.

    Di gambarkan ketika peristiwa Perang Ahzab & Khandak, para  sahabat nabi berada dalam keadaan yang sangat tertekan . Mereka di kepung oleh tentera arab yang bergabung di seluruh tanah arab membentuk satu angkatan yang kuat. Nabi Muhammad telah menyebut sesuatu berkaitan soal percaya dan berjaya ini, kata baginda untuk memotivasikan para sahabat "latuf tahannal qostantiniyyah, fa la nikmal amir amiruha wa la nikmal jaish zalikal jaish"- kota Kostantinayyah (Istanbul) pasti akan berada di tangan kita suatu hari nanti,sebaik-baik ketua adalah ketuanya & sebaik-baik tentera adalah tenteranya.
(Istanbul adalah sebuah kota yang sangat kuat pada ketika itu)

    Bagaimanakah perasaan sahabat tatkala mendengar kata-kata Rasul ini?
Seolah-olah K.Rajagopal mengatakan kepada pemainya yang kita akan menjulang piala dunia suatu hari nanti.
Sudah pasti pemain-pemainnya akan meragui kenyataan jurulatihnya kerana di anggap suatu yang mustahil untuk di gapai pada ketika ini.
Begitulah juga mungkin perasaan para sahabat pada ketika itu.Ragu.
Sebab mereka adalah satu komuniti kecil di Madinah yang hidup seperti di hujung tanduk ketika berada di dalam kepungan tentera bersekutu pada waktu itu.
Menakluki kota kostantinople (Istanbul) yang merupakan sebuah kota yang paling kuat pada saat itu mustahil bagi mereka.

    Itu cara Nabi memotivasikan sahabat,percaya selepas melihat sesuatu itu tidak ada nilai yang signifikan tetapi yang hebat ialah percaya sebelum melihat sesuatu dan kita bekerja ke arah melihat apa yang kita percaya.

Itu yang di ajarkan Rasul kepada kita.

    Baginda tidak akan berbohong kerana setiap kata-katanya pasti akan berlaku, sahabat menyakininya dan mereka bekerja  untuk melihat apa yang mereka percayainya.

Maka, semangat itulah yang patut kita bawa dalam diri kita.

    Usaha di buat secara berterusan oleh sahabat nabi untuk menawan kota tersebut sehingga cubaan mereka gagal pada tahun ke 44 Hijrah,juga tahun berikutnya malahan beberapa cubaan selepas itu juga gagal.

     Janji Nabi itu tertunai 800 tahun selepas itu iaitu pada tahun 1453 di tangan manusia biasa yang luarbiasa iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, sultan ke-7 kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Maka,kota kostantinople berjaya di tawan.

    Kejayaan sultan Al-Fateh menawan kota kostantinople bukan usaha peribadi yang bersifat add-hop tetapi hasil kekalahan berulang sebelum ini yang di pelajari untuk mencapai kejayaan tersebut.

   Untuk mengaitkan dengan realti hari ini, kekangan yang besar yang berlaku di dalam masyarakat kita untuk berjaya adalah pada soal kemampuan untuk berjaya.

    Sebagai contohnya ketika seorang motivator, Ustaz Hasrizal yang pernah mengendalikan satu siri motivasi di sebuah sekolah pedalaman di utara tanah air.

    Pelajar-pelajar sekolah tersebut tidak ada masalah akhlak yang serius tetapi masalah mereka adalah masalah kepercayaan.

   Mereka tidak percaya yang mereka itu istimewa dan mereka hanya tahu yang mereka ini anak orang susah yang tinggal di pedalaman.

   Bila di tanya cita-cita mereka, ada yang menjawab hanya nak bekerja di kilang di pekan tersebut.
Seorang lagi bila di tanya cita-citanya, dia hanya nak bekerja dengan TNB. Maka motivator tersebut tanya lagi, adakah jurutera atau mana-mana bahagian dalam TNB, di jawabnya budak itu, tidak kisahlah apa-apa pun, yang penting kerja dengan TNB sebab hari-hari pergi ke sekolah tengok pencawang TNB dekat tepi jalan.

Itulah sahaja inspirasinya.

 Jadi,usaha kita adalah untuk menukar kepercayaan itu.

    Di dalam istilah orang Inggeris, sikap ini di namakan sebagai baby-elephant syndrome.
Sekiranya kita ke sarkas, kita akan melihat seekor gajah yang besar dan kuat hanya di tambat dengan satu rantai  yang sangat mudah untuk di lepaskan, tetapi kenapa gajah itu tidak melepaskan diri?

  Ini adalah kesan daripada indoktrinasi pengalaman silam gajah tersebut.
Ketika gajah tersebut kecil, dia di rantai dan naluri sebagai seekor gajah untuk melepaskan diri daripada tambatan tersebut gagal selepas mencuba dan mencuba beberapa kali.

   Maka, selepas beberapa tahun mencuba sehingga telah menjadi seekor gajah yang dewasa, gajah tersebut berhenti mencuba kerana dia dia telah menyakini yang usahanya tidak akan berjaya hasil pengalaman silam.

Yang merantai bukan rantai tersebut tetapi fikirannya yang di rantai.

Itu yang sepatutnya kita buang dan semestinya di buang daripada kepercayaan kita

Soal melaksanakan perubahan bukan satu pilihan tetapi satu kemestiaan.
Cukup di katakan, InsyaAllah di akhir perjalanan kita adalah syurga Allah.

Siapa yang kita akan jumpa di syurga?

Kita akan berjumpa dengan Rasulullah,para sahabat nabi, alim ulama yang mana mereka ini adalah orang-orang yang hebat.

Syurga hanya menerima orang-orang yang HEBAT untuk menyertainya.

Dan sekiranya kita tidak hebat, apakah pilihan yang kita ada.

Sekiranya tidak berjaya ke syurga jangan pulak di fikirkan untuk mencari kayu-kayu atau ape-ape sahaja untuk membuat syurga setinggan.

Tidak layak ke syurga maka ke nerakalah pilihan yang ke dua.

Oleh itu, kita tiada pilihan melainkan menjadi seorang manusia yang hebat.

Dan Allah telah memberikan segala potensi untuk kita jadi manusia yang hebat sesuai dengan firmanNYA di dalam Al-Quran:

      Dan AKU jadikan insan (manusia) dengan sebaik-baik kejadian


Maka, sempena dengan kedatangan tahun baru hijriah ini, kejayaan terbesar adalah apabila kita berjaya mengenal di manakah keistimewaan dan potensi kita.

Dan itulah keazaman yang sepatutnya kita miliki sempena tahun baru ini.





Sumber: Ust Hasrizal & penambahan 

 ~teratak 79~
8 Disember 2010

1 comment: