Thursday, December 23, 2010

Hari Ini Milik Anda ( Al-Yaum Laka)

  



     Melazimi membaca Al-Quran dan mengingati mati adalah salah  satu cara yang di anjurkan Nabi Muhammad S.A.W ketika bermuhasabah dan juga bertaubat dari dosa-dosa silam.

     Segunung kalimah mutiara bakal di titipkan buat pembaca Kalamullah yang mentadabbur ayat-ayat yang di baca, malahan dengan kefahaman tersebut akan terbit rasa kehambaan kepada sang Pencipta yang Maha Agung...mereka membaca, memahami, mentadabbur serta menzahirkan mutiara-mutiara tersebut dalam segenap aktiviti harian yang mencabar.

                              "Innal hasanaat, yuzhibnassayyiaat
           -sesungguhnya kebaikan akan menghapuskan keburukan (dosa)-

  Jika di uji maka mereka pasti akan melalui ujian tersebut dengan hati yang lapang dan penuh penerimaan kerana itulah yang terbaik buat mereka.  Ujian itu tarbiyah untuk hambanya supaya mereka akan terus berusaha memperbaiki diri malahan salah satu kerinduan sang Khaliq untuk mendengar rintihan hambaNYA di malam hari ketika mana hambaNya yang lain di ulik mimpi. Jika di uji mereka bersabar dan jika di beri nikmat, mereka bersyukur.

  Hidup umpama gelung rotan yang di pusing-pusing oleh pemainnya, bermacam aksi di pertunjukkan tuannya, kadang dilambung tinggi, di pijak, di atas dan juga di bawah, di perlakukan semahunya semata-mata untuk melakukan aksi yang paling sempurna. Begitulah juga kita, ape pun yang datang menghalang, hadapi demi impian yang lebih cemerlang.

  Letih membaca Kalamullah, membaca buku-buku ilmiah...jom kita dengar kata-kata puitis dari ulama kontemporari kini, Dr Aidh Al- Qarni, yang sarat dengan nasihat dan bimbingan...have a nice moments..




Jika kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu senja tiba..
Hari inilah yang akan anda jalan, Bukan hari kelmarin yang telah berlalu
dengan segala kebaikan dan keburukannya dan juga bukan esok hari yang belum tentu datang

Hari yang saat ini mataharinya menyonari anda, siangnya menyapa anda, inilah hari anda
Umur anda, mungkin tinggal hari ini
Maka,anggaplah masa hidup anda hanya hari ini
atau seakan-akan anda lahir hari ini dan akan mati hari ini juga

Dengan itu, anda tidak akan tercabik-cabik diantara gumpalan keresahan, kegelisahan
dan duka masa lalu dengan bayangan masa depan dengan penuh ketidakpastian dan sering menakutkan

Pada hari ini pula, sebaiknya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan kerja keras
Dan pada hari inilah, anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk,
bacaan quran yang sarat tadabbur, zikir sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal,
keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatian terhadap alam sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga, serta perbuatan terhadap sesama insan

Pada hari dimana anda hidup
saat inilah sebaiknya anda membahagi waktu dengan bijak

Tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu
Dan, persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuk hari itu

Ber-istighfar-lah atas semua dosa, ingatlah selalu kepadaNYA
bersiap-siaplah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian,
dan, nikmatilah hari ini dengan segala kesenagan dan kebahagiaan

Terimalah rezeki, isteri,suami,anak-anak,tugas-tugas,rumah,ilmu
dan jabatan Anda hari ini dengan penuh keredhaa

           Maka berpegang teguhlah dengan apa yang AKU berikan kepadamu dan hendaklah kamu               
                  termasuk orang-orang yang bersyukur  ( QS. Al-A'raf : 144 )


frozen tree

Hiduplah hari ini tanpa kesedihan, kegalauan, kemarahan, kedengkian dan kebencian.
Jangan lupa, hendaklah anda goreskan pada dinding hati anda satu kalimat;

                               Hari mu adalah hari ini 


Yakni, bila hari ini anda dapat makan nasi hangat yang harum baunya,
maka apakah nasi basi yang anda telah makan kelmarin atau nasi hangat esok hari ( yang belum tentu )
itu akan merugikan anda?

Jika anda dapat minum air yang jernih dan segar pada hari ini,
maka mengapa anda harus bersedih atas  air pahit yang anda minum kelmarin
atau, mengkhawatirkan air hambar dan  panas esok hari yang belum tentu terjadi ?

Jika anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat dan tekad yanag kuat
maka Anda akan dapat menundukkan diri untuk berpegang pada prinsip :

                   ~ aku hanya akan hidup pada hari ini ~

Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan,
mengembang semua potensi, dan mensucikan setiap amalan.
Dan itu, akan membuatkan anda berkata dalam hati,

  "Hanya hari ini aku berkesempatan untuk mengatakan yang baik-baik saja.
   Tidak berucap kotor yang menjijikkan, tidak akan pernah mencela, 
   mengherdik dan juga membicarakan  keburukan orang lain "  

  "Hanya hari ini aku berkesempatan menertibkan rumah  dan pejabat agar tidak bersepah dan berantakan.."
  
  " Dan kerana hari ini saja aku akan hidup, maka aku akan memperhatikan kebersihan tubuhku, kerapian penampilanku, kebaikan tutur kata dan tindak tandukku kerana hanya akan hidup hari ini, maka aku akan berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Rabb, mengerjakan solat sesempurna mungkin, membekali diri dengan solat-solat nafilah, berpegang teguh pada al-Quran, mengkaji dan mencatat segala yang bermanfaat "


" Aku hanya akan hidup hari ini, kerananya aku akan menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan, mencabut  darinya pohon-pohon kejahatan juga ranting-rantingnya yang berduri baik sifat takabbur, ujub, riya' dan buruk sangka.."


"Hanya hari ini aku akan menghirup udara kehidupan, maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapapun.."


"Aku akan menjenguk mereka yang sakit, menghantar jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan orang kelaparan, menolong orang dalam kesulitan, membantu orang yang di zalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang-orang alim, menyayangi anak-anak kecil dan berbakti kepada orang tua.."


Aku hanya akan hidup hari ini, maka aku akan ucapkan ;


    "Wahai masa lalu yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu, 
aku tak kan pernah menangis kepergianmu, dan tidak akan pernah termenung sedetik pun untuk mengingatimu, kamu telah meninggalkan kami semua, pergi dan tak pernah kembali lagi.."


  "Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban, maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri untuk sebuah dugaan.."


"Aku pun tidak akan memburu sesuatu yang belum tentu ada, kerana esok hari mungkin tak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum di ciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat di sebutkan "




                       "Hari ini milik anda"

                         adalah suatu ungkapan yang paling indah dalam

                                           "Kamus Kebahagiaan"

      Kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan meyenangkan...

Sinar kecemerlangan menanti mu di sana, bangkit dan berusaha 


Sumber:
- Al-Quran
- La Tahzan, Dr Aidh Al-Qarni dengan penambahan
- google picture

Wednesday, December 22, 2010

The Don't Quit poem

 



   When things go wrong  
   as they sometimes will

  When the road you trudging  
   seems all up hill     
  
   When funds are low   
   and the debts are high


   And you want to smile   
   but you have to sigh
  
   When care is pressing 
   you down a bit
  
   Rest, if you must..  
   but, don't you quit
  
   Life is queer with its twists and turns
   as everyone of us sometimes learn
 
   And many a failure turns about 
   when he might have won had he stuck it out
  
   Don't give up though the pace seems slow
    you may succeed with another blow
  
    Success is failure turn inside out  
  
    The silver tint of the clouds of doubt  
    and you never can tell how close you are
    
    It may be near when it seem so far  


    So, stick to the fight when you're hardest hit
   It's when things seems worst

    That you must not quit


http://www.youtube.com/watch?v=B5BUzwTD7S4&NR=1

Tuesday, December 7, 2010

Motivasi Maal Hijrah : Percaya & Berjaya satu kemestiaan

    Dalam kehidupan kita ada benda yang lebih susah daripada susah iaitu BERUBAH sehinggalah ada orang yang sanggup hidup susah berbanding dengan mengambil keputusan untuk membuat tindakan atau perubahan.
Itu asasnya.

     Hijrah di pilih sebagai peristiwa yang signifikan untuk menandakan permulaan di dalam kalendar Islam pada tahun ke 17 Hijrah di zaman Umar Al-Khattab kerana di dalam peristiwa yang berlaku di zaman Nabi, hijrah itu satu permulaan atau turning point untuk berubah, bukan kerana kelahiran Nabi atau turunnya wahyu.
Hijrah menukar Islam daripada yang rendah kepada yang tinggi, yang di tekan kepada yang di hormati, maka, tarikh itu sangat sesuai. Semestinya Hijrah di iringi dengan cabaran.

    Di gambarkan ketika peristiwa Perang Ahzab & Khandak, para  sahabat nabi berada dalam keadaan yang sangat tertekan . Mereka di kepung oleh tentera arab yang bergabung di seluruh tanah arab membentuk satu angkatan yang kuat. Nabi Muhammad telah menyebut sesuatu berkaitan soal percaya dan berjaya ini, kata baginda untuk memotivasikan para sahabat "latuf tahannal qostantiniyyah, fa la nikmal amir amiruha wa la nikmal jaish zalikal jaish"- kota Kostantinayyah (Istanbul) pasti akan berada di tangan kita suatu hari nanti,sebaik-baik ketua adalah ketuanya & sebaik-baik tentera adalah tenteranya.
(Istanbul adalah sebuah kota yang sangat kuat pada ketika itu)

    Bagaimanakah perasaan sahabat tatkala mendengar kata-kata Rasul ini?
Seolah-olah K.Rajagopal mengatakan kepada pemainya yang kita akan menjulang piala dunia suatu hari nanti.
Sudah pasti pemain-pemainnya akan meragui kenyataan jurulatihnya kerana di anggap suatu yang mustahil untuk di gapai pada ketika ini.
Begitulah juga mungkin perasaan para sahabat pada ketika itu.Ragu.
Sebab mereka adalah satu komuniti kecil di Madinah yang hidup seperti di hujung tanduk ketika berada di dalam kepungan tentera bersekutu pada waktu itu.
Menakluki kota kostantinople (Istanbul) yang merupakan sebuah kota yang paling kuat pada saat itu mustahil bagi mereka.

    Itu cara Nabi memotivasikan sahabat,percaya selepas melihat sesuatu itu tidak ada nilai yang signifikan tetapi yang hebat ialah percaya sebelum melihat sesuatu dan kita bekerja ke arah melihat apa yang kita percaya.

Itu yang di ajarkan Rasul kepada kita.

    Baginda tidak akan berbohong kerana setiap kata-katanya pasti akan berlaku, sahabat menyakininya dan mereka bekerja  untuk melihat apa yang mereka percayainya.

Maka, semangat itulah yang patut kita bawa dalam diri kita.

    Usaha di buat secara berterusan oleh sahabat nabi untuk menawan kota tersebut sehingga cubaan mereka gagal pada tahun ke 44 Hijrah,juga tahun berikutnya malahan beberapa cubaan selepas itu juga gagal.

     Janji Nabi itu tertunai 800 tahun selepas itu iaitu pada tahun 1453 di tangan manusia biasa yang luarbiasa iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, sultan ke-7 kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Maka,kota kostantinople berjaya di tawan.

    Kejayaan sultan Al-Fateh menawan kota kostantinople bukan usaha peribadi yang bersifat add-hop tetapi hasil kekalahan berulang sebelum ini yang di pelajari untuk mencapai kejayaan tersebut.

   Untuk mengaitkan dengan realti hari ini, kekangan yang besar yang berlaku di dalam masyarakat kita untuk berjaya adalah pada soal kemampuan untuk berjaya.

    Sebagai contohnya ketika seorang motivator, Ustaz Hasrizal yang pernah mengendalikan satu siri motivasi di sebuah sekolah pedalaman di utara tanah air.

    Pelajar-pelajar sekolah tersebut tidak ada masalah akhlak yang serius tetapi masalah mereka adalah masalah kepercayaan.

   Mereka tidak percaya yang mereka itu istimewa dan mereka hanya tahu yang mereka ini anak orang susah yang tinggal di pedalaman.

   Bila di tanya cita-cita mereka, ada yang menjawab hanya nak bekerja di kilang di pekan tersebut.
Seorang lagi bila di tanya cita-citanya, dia hanya nak bekerja dengan TNB. Maka motivator tersebut tanya lagi, adakah jurutera atau mana-mana bahagian dalam TNB, di jawabnya budak itu, tidak kisahlah apa-apa pun, yang penting kerja dengan TNB sebab hari-hari pergi ke sekolah tengok pencawang TNB dekat tepi jalan.

Itulah sahaja inspirasinya.

 Jadi,usaha kita adalah untuk menukar kepercayaan itu.

    Di dalam istilah orang Inggeris, sikap ini di namakan sebagai baby-elephant syndrome.
Sekiranya kita ke sarkas, kita akan melihat seekor gajah yang besar dan kuat hanya di tambat dengan satu rantai  yang sangat mudah untuk di lepaskan, tetapi kenapa gajah itu tidak melepaskan diri?

  Ini adalah kesan daripada indoktrinasi pengalaman silam gajah tersebut.
Ketika gajah tersebut kecil, dia di rantai dan naluri sebagai seekor gajah untuk melepaskan diri daripada tambatan tersebut gagal selepas mencuba dan mencuba beberapa kali.

   Maka, selepas beberapa tahun mencuba sehingga telah menjadi seekor gajah yang dewasa, gajah tersebut berhenti mencuba kerana dia dia telah menyakini yang usahanya tidak akan berjaya hasil pengalaman silam.

Yang merantai bukan rantai tersebut tetapi fikirannya yang di rantai.

Itu yang sepatutnya kita buang dan semestinya di buang daripada kepercayaan kita

Soal melaksanakan perubahan bukan satu pilihan tetapi satu kemestiaan.
Cukup di katakan, InsyaAllah di akhir perjalanan kita adalah syurga Allah.

Siapa yang kita akan jumpa di syurga?

Kita akan berjumpa dengan Rasulullah,para sahabat nabi, alim ulama yang mana mereka ini adalah orang-orang yang hebat.

Syurga hanya menerima orang-orang yang HEBAT untuk menyertainya.

Dan sekiranya kita tidak hebat, apakah pilihan yang kita ada.

Sekiranya tidak berjaya ke syurga jangan pulak di fikirkan untuk mencari kayu-kayu atau ape-ape sahaja untuk membuat syurga setinggan.

Tidak layak ke syurga maka ke nerakalah pilihan yang ke dua.

Oleh itu, kita tiada pilihan melainkan menjadi seorang manusia yang hebat.

Dan Allah telah memberikan segala potensi untuk kita jadi manusia yang hebat sesuai dengan firmanNYA di dalam Al-Quran:

      Dan AKU jadikan insan (manusia) dengan sebaik-baik kejadian


Maka, sempena dengan kedatangan tahun baru hijriah ini, kejayaan terbesar adalah apabila kita berjaya mengenal di manakah keistimewaan dan potensi kita.

Dan itulah keazaman yang sepatutnya kita miliki sempena tahun baru ini.





Sumber: Ust Hasrizal & penambahan 

 ~teratak 79~
8 Disember 2010