Bismillah..dengan nama ALLAH maka saya mulakan perkongsian blog ini selepas hampir 3 bulan menyepi di sebabkan beberapa perkara yang membantutkan usaha menulis...Terima kasih kepada Abdul Rahman Fauzi kerana sudi memberi tunjuk ajar dan menolong memperelokkan lay out dan juga design blog ini.
Sedikit sebanyak di harapkan blog ini dapat bangun dengan kekuatan sendiri untuk berkongsi apa sahaja maklumat asalkan ianya selari dengan fitrah kita sebagai seorang insan yang juga seorang MUSLIM kerana kita memerlukan ISLAM dan ISLAM tidak akan rugi sekiranya kita tidak menolong untuk menegakkan agama ALLAH. Di luar sana, masih ramai yang sanggup berjuang untuk menegakkan kalimah yang hak demi menyambung mata-mata rantai perjuangan yang di tinggalkan Rasulullah serta para sahabat,ulama' dan juga mereka-mereka yang telah lama berjuang demi melihat tertubuhnya sebuah kerajaan Islam yang mana di dalamnya rakyat hidup dengan payung syariat ALLAH. Semoga kita tergolong dalam golongan ini, Ameen.
"Negerimu adalah negeri yang baik (nyaman) & berkat ,
sedang Tuhanmu adalah Tuhan yang Maha Pengampun"
(AS-SABA': 15)
Maka,berlumba-lumbalah sekelian manusia untuk bersama-sama menegakkan agama yang diredhai ALLAH ini, buatlah walau sedikit amal pun supaya kita tidak menyesal di 'sana' nanti. Hari ini lebih baik dari semalam, InsyaALLLAH.
Momentum ini (menulis) insyaALLAH akan bersambung di lain waktu dan masa, sedikit amal hari ini bakal merubah kehidupan di kemudian hari, sama-sama kita berdoa moga-moga Allah tempatkan kita dalam kalangan orang-orang yang ikhlas berjuang demi Islam tercinta..Siiru ala barakatillah
~pena berdikir berhenti rehat~
teratak n0.79,KUANTAN